Monday, January 25, 2010

Rossi nafi sertai F1ROSSI (tengah) belum memikirkan untuk beralih angin ke perlumbaan Formula Satu.

LONDON - Juara dunia perlumbaan MotoGP, Valentino Rossi sekali lagi menjadi sebutan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).Ia gara-gara kejayaan pemandu berusia 30 tahun dari Itali itu menamatkan sesi ujian jentera Ferrari, F2008 di Litar Catalunya, Barcelona minggu lalu.Kejayaan Rossi mencatat masa terbaik 1 minit 21.900 pada hari kedua sesi ujian itu telah mencetuskan khabar angin bahawa dia mungkin menyertai F1.

Bagaimanapun, Rossi menafikan laporan itu dan berkata, dia akan kekal dalam perlumbaan MotoGP meskipun belum mencuba nasib menjadi pemandu F1."Bermula esok, tugas saya adalah menunggang motosikal," katanya kepada Gazzetta dello Sport."Saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya dalam tempoh beberapa bulan lagi. Saya juga mendapat tawaran daripada Ducati. Ia adalah jelas untuk tempoh beberapa bulan."Di Litar Catalunya baru-baru ini, Rossi menggunakan jentera yang sama digunakan oleh juara dunia 2007, Kimi Raikkonen berjaya mencatat masa terbaik.Catatan masa terbaik yang dilakukan Raikkonen di litar itu pada tahun 2008. adalah 1:21.670, cuma beberapa saat lebih pantas daripada apa yang dilakukan Rossi pada pusingan terakhir itu. - Agensi


No comments:

Post a Comment