Wednesday, January 27, 2010

Azizul janji kekalkan prestasi selepas mendirikan rumah tangga

KUALA LUMPUR - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjanji untuk mengekalkan prestasi selepas mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, pada 30 Januari ini.Bakal menjadi suami kepada Athiah Ilyana Abd. Samat, Azizulhasni menegaskan, fokusnya terhadap karier sama sekali tidak akan terjejas, malah dia berharap perkahwinan akan memberikan lagi dorongan tambahan kepada dirinya.''Saya memandang serius dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang, walaupun bakal bergelar suami, lumba basikal masih menjadi keutamaan.''Malah, saya akan lebih bersemangat menjalani latihan di Melbourne kerana bakal isteri akan menemani saya di sana kerana dia sedang melanjutkan pelajaran,'' katanya kepada pemberita di sini, semalam.Azizulhasni turut menambah, dia akan kembali ke Melbourne pada 7 atau 8 Februari ini, selepas urusan perkahwinannya selesai.''Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada 5 Februari ini selepas majlis di Ipoh.

''Selepas itu, baru saya akan menyusul pulang ke Melbourne bersama kembali dengan rakan-rakan yang terlebih dahulu akan pulang pada 31 Januari ini,'' katanya yang masih segar dengan kejayaan pingat emas acara keirin berbasikal Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu.Mendapat jolokon sebagai The Pocketrocketman, Azizulhasni juga berkata, fokusnya kini terarah kepada kejohanan Piala Dunia di Copenhagen dari 24 hingga 28 Mac ini.''Memiliki jersi putih dalam acara keirin memang memberikan satu tekanan, dan saya berkeinginan untuk menang di sana setelah gagal menyerlah di Poland tahun lalu dalam acara berkenaan,'' ujarnya.Skuad lumba basikal trek negara menerima tajaan RM2 juta untuk tempoh tiga tahun daripada Yayasan Sime Darby (YSD), semalam.Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut ditanda tangani bersama oleh Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Lumba Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.Menurut Musa, penajaan itu bertujuan membantu perkembangan skuad lumba basikal negara sepanjang mengikuti latihan dan pertandingan di luar negara, termasuk Sukan Komanwel serta Sukan Asia.''Diharapkan sumbangan ini akan membuatkan mereka lebih fokus dan seterusnya merealisasikan impian untuk meraih pingat emas pertama kepada negara semasa Sukan Olimpik 2012 di London,'' jelasnya.Turut hadir ialah jurulatih skuad lumba basikal trek negara, John Beasley.

No comments:

Post a Comment