DATUK Lee Chong Wei dan beregu sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mempamerkan aksi bertenaga untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam.Selepas menjuarai Terbuka Korea minggu lepas, Chong Wei sekali lagi menepati ramalan apabila mudah menundukkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-7 pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil.Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut Chong Wei dan kemenangan keenam pada Terbuka Malaysia selepas muncul juara pada edisi 2004, 2006, 2006 serta 2008 dan 2009.Begitupun rekod kejuaraan terbanyak Terbuka Malaysia masih lagi menjadi milik seorang lagi pemain negara, Wong Peng Soon yang muncul juara sebanyak lapan kali di era 40-an dan 50-an.Menurut Chong Wei, meskipun selepas enam kejayaan, namun dia masih belum puas dan ingin menambah seberapa banyak kejuaraan Terbuka Malaysia sebelum bersara daripada sukan badminton."Sebenarnya, saya tidak sangka berjaya mengekalkan prestasi sehingga hari ini (semalam) terutama selepas berasa letih pada aksi Terbuka Korea minggu lepas," kata Chong Wei."Saya bertambah letih selepas beraksi dalam rubber set pada pusingan kedua dan ketiga di sini."Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk mencatat kejuaraan kedua berturut-turut buat pertama kali dalam karier. 
"Terbuka Malaysia merupakan antara kejohanan Super Series terawal tahun ini dan kejayaan di sini merupakan suatu permulaan yang baik buat kami," kata Kien Keat."Selepas ini kami akan terus menjalani latihan untuk merampas kembali kejuaraan pada Seluruh England akan datang."Acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pula menjadi milik China. Wang Xin muncul juara perseorangan wanita apabila lawannya, Bae Youn Joo dari Korea Selatan menarik diri selepas ketinggalan 21-19, 17-21, 6-14 akibat kecederaan pergelangan kaki.Du Jing-Yu Yang pula menundukkan beregu senegara, Ma Jin-Wang Xiaoli 21-16, 21-12 pada perlawanan akhir beregu wanita, sementara Tao Jiaming-Zhang terpaksa bekerja keras untuk menundukkan beregu Denmark, Thomas Laybourne- Kamilla Rytter Juhl 19-21, 21-18, 21-15 dalam acara beregu campuran.

No comments:
Post a Comment