PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Ke-47 semalam.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium II, Majlis Sukan Negara (MSN), di Bukit Jalil itu, PDRM yang membariskan pemain berpengalaman mencatat kemenangan 2-1 ke atas Selangor.Regu utama ini menang mudah 21-14, 21-11 ke atas lawan mereka, Mohd.Zamzee Mohd. Zainuddin, Mohd. Ariff Busu dan Afandi Abd. Rahman.Bagaimanapun, Selangor mengikat kedudukan 1-1 apabila regu Ahmad Sufi Hashim, Shahrudin Md. Ghani dan Farhan Adam menewaskan regu PDRM, Mohd. Hairul Kaz Oto, Mohd. Hasbah Abd. Rahman dan NoK Akmal Firdaus Ahmad 21-11, 21-17.Pada aksi regu ketiga, PD- RM jelas lebih bersedia apabila berjaya mengekang asakan regu ketiga Selangor.Kekentalan Hasrul Anuar Suboh, Mohd. Shaifullah Mohd. Nor dan Badrul Azli Mohd. Ghazali untuk menundukkan gandingan Mohd. Zhafran Zharif, Khairul Annuar Ibrahim dan Ariff Ramli 21-16, 21-19 bagi membolehkan PD- RM memenangi piala berprestij sepak takraw itu dan wang tunai RM5,000.Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail jelas gembira dengan persembahan dan mutu permainan yang ditunjukkan oleh para pemain."Pemain-pemain kebangsaan yang turun beraksi pada tahun ini turut bermain dengan baik dan mempamerkan peningkatan walaupun baru sahaja menjalani latihan pusat kira-kira sebulan yang lalu."Malah sasaran untuk meraih pingat emas di Sukan Asia di China penghujung tahun ini adalah tidak mustahil jika bakat-bakat yang ada pada mereka terus diasah," katanya ketika ditemui pemberita selepas kejohanan itu.Ahmad berkata, keyakinan itu turut disuarakan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang sempat meluangkan masa untuk menyaksikan kejohanan itu."PSM juga gembira pada tahun ini yang merupakan ulang tahun ke-50 tahun penubuhan persatuan ini, tiga lagi kategori (wanita, veteran dan belia) yang dipertandingkan turut mendapat sambutan," katanya.Sementara itu, gelaran juara bagi kategori veteran menjadi milik MBPJ 'A' yang menang 2-1 ke atas regu Kame Caterer pada perlawanan akhir kejohanan itu.Regu Selangor 'A' pula mengungguli kategori belia apabila menewaskan ATM 'B' 2-0 manakala gelaran bagi kategori wanita menjadi milik ATM 'A'.







ROSSI (tengah) belum memikirkan untuk beralih angin ke perlumbaan Formula Satu.
DATUK Lee Chong Wei dan beregu sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mempamerkan aksi bertenaga untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam.Selepas menjuarai Terbuka Korea minggu lepas, Chong Wei sekali lagi menepati ramalan apabila mudah menundukkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-7 pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil.Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut Chong Wei dan kemenangan keenam pada Terbuka Malaysia selepas muncul juara pada edisi 2004, 2006, 2006 serta 2008 dan 2009.Begitupun rekod kejuaraan terbanyak Terbuka Malaysia masih lagi menjadi milik seorang lagi pemain negara, Wong Peng Soon yang muncul juara sebanyak lapan kali di era 40-an dan 50-an.Menurut Chong Wei, meskipun selepas enam kejayaan, namun dia masih belum puas dan ingin menambah seberapa banyak kejuaraan Terbuka Malaysia sebelum bersara daripada sukan badminton."Sebenarnya, saya tidak sangka berjaya mengekalkan prestasi sehingga hari ini (semalam) terutama selepas berasa letih pada aksi Terbuka Korea minggu lepas," kata Chong Wei."Saya bertambah letih selepas beraksi dalam rubber set pada pusingan kedua dan ketiga di sini."Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk mencatat kejuaraan kedua berturut-turut buat pertama kali dalam karier. 
