GILA memang gila tetapi cadangan yang sedang diteliti Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) itu sedikit sebanyak bakal memberikan peluang yang lebih baik buat skuad sepak takraw Malaysia selepas ini. Begitupun, badan induk di peringkat Asia itu perlu memastikan cadangan untuk mengehadkan penyertaan kepada pemain di bawah usia 23 tahun itu bukan sekadar terhad kepada Sukan Sea saja tetapi ia perlu juga diperkenalkan di temasya Sukan Asia. “Saya menyambut baik cadangan untuk mengehadkan penyertaan kepada pemain di bawah usia 23 tahun kerana sepanjang pengetahuan saya, sebahagian besar pemain yang kita ada sekarang adalah di dalam lingkungan usia sebegitu. “Kita mempunyai skuad pelapis yang rata-rata berusia belasan tahun dan saya melihat ramai pemain pelapis kita yang berbakat besar serta boleh diketengahkan. “Secara tidak langsung, ia akan membuka ruang yang lebih baik kepada Malaysia untuk meraih pingat pada setiap kali temasya Sukan Sea. Bagaimanapun, Astaf perlu memastikan ia tidak terhad kepada Sukan Sea saja tetapi peraturan mengenai usia itu perlu diperkenalkan di peringkat Sukan Asia juga,” kata bekas pemain kebangsaan, Rosli Abdul Rahman.
Saturday, January 30, 2010
GILA memang gila tetapi cadangan yang sedang diteliti Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) itu sedikit sebanyak bakal memberikan peluang yang lebih baik buat skuad sepak takraw Malaysia selepas ini. Begitupun, badan induk di peringkat Asia itu perlu memastikan cadangan untuk mengehadkan penyertaan kepada pemain di bawah usia 23 tahun itu bukan sekadar terhad kepada Sukan Sea saja tetapi ia perlu juga diperkenalkan di temasya Sukan Asia. “Saya menyambut baik cadangan untuk mengehadkan penyertaan kepada pemain di bawah usia 23 tahun kerana sepanjang pengetahuan saya, sebahagian besar pemain yang kita ada sekarang adalah di dalam lingkungan usia sebegitu. “Kita mempunyai skuad pelapis yang rata-rata berusia belasan tahun dan saya melihat ramai pemain pelapis kita yang berbakat besar serta boleh diketengahkan. “Secara tidak langsung, ia akan membuka ruang yang lebih baik kepada Malaysia untuk meraih pingat pada setiap kali temasya Sukan Sea. Bagaimanapun, Astaf perlu memastikan ia tidak terhad kepada Sukan Sea saja tetapi peraturan mengenai usia itu perlu diperkenalkan di peringkat Sukan Asia juga,” kata bekas pemain kebangsaan, Rosli Abdul Rahman.
KOTA BHARU – Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengharapkan pasukannya mampu mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang, hari ini selepas seri dengan pasukan ketiga tercorot, Perak pada perlawanan Liga Super, di Ipoh Selasa lalu.Perlawanan menentang Pulau Pinang, Red Warriors perlu menumpul mata penuh bagi memastikan pendakian memburu kejuaraan tidak terbantut. Pertemuan hari ini juga, bakal dijadikan titik tolak kebangkitan semula pasukan itu, selepas hanya mengumpulkan sembilan mata daripada lima perlawanan.Hanya kemenangan dapat membuktikan skuad tersebut telah bebas daripada masalah dalaman seperti yang dilaporkan bahawa wujud komplot untuk menjatuhkan beliau.Pertembungan antara skuad Kijang dengan ‘Harimau Kumbang’ di laman sendiri pasti dinanti dengan penuh minat oleh penyokong setia. Menang dengan jaringan yang cukup besar di laman sendiri, pasti ditagih oleh peminat setia selepas dihampakan oleh aksi kurang menyakinkan di Perak, tempoh hari.
Tugas berat dipikul oleh semua para pemain, apabila menyedari bahawa penyokong setia Merah Putih hanya mengharapkan kemenangan pada pertemuan hari ini.Berdasarkan rekod pertemuan Liga Super yang lepas, juga perlawanan Piala Malaysia, menentang Pulau Pinang, semuanya memihak kepada Kelantan.Tampil dengan barisan bintang, percaturan di atas kertas juga dilihat lebih memihak kepada kelantan. Namun, harus diingat memandang rendah kemampuan lawan pasti mengundang padah. Kelantan pastinya akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk merobek gawang pasukan lawan. Gandingan Hairuddin Omar dan Nor Shahrul Idlan Talhah, pasti sekali lagi menjadi pertaruhan Sathianathan.Selepas dikritik hebat oleh peminat, gandingan Hairuddin-Nor Shahrul perlu membuktikan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik. Andainya gandingan ini masih lagi gagal membuktikan sentuhan penyudah yang ampuh, tidak salah rasanya mencuba gandingan Nor Farhan dan Nor Shahrul. Di posisi tengah, Kelantan dilihat tidak mempunyai sebarang masalah. Gandingan Indra Putra Mahayuddin, Shakir Shaari dan Badri Radzi sudah pun menampakkan keserasian.
Kombinasi ini dilihat mampu menggerakan posisi tengah Kelantan yang dikatakan tenggelam ketika bertemu Perak, terutama di separuh masa pertama.Di posisi yang tidak perlu dipertikaikan ialah pertahanan, Azizi Mat Rose berjaya membentuk gandingan yang mantap bersama S.Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin dan zairul Feetri Ishak.Ini bermakna, Sathianathan tiada alasan untuk mencatat satu lagi keputusan seri, apatah di depan peminat sendiri hari ini.
Thursday, January 28, 2010
F1: GP Malaysia awal satu jam
MUNGKIN kerana tidak mahu insiden sama berulang lagi, perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia edisi ke-12 tahun ini akan bermula pada jam 4 petang berbanding 5 petang seperti musim lepas.Perlumbaan GP Malaysia musim 2009 menyaksikan satu sejarah tercipta apabila perlumbaan di Litar Sepang itu terpaksa ditamatkan lebih awal selepas tertangguh lebih dua jam berikutan hujan lebat.Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antrabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali memberitahu, perubahan masa itu tiada kaitan dengan insiden tersebut.Untuk rekod, ini adalah kali kedua SIC mengubah waktu perlumbaan di mana sebelum musim 2009, jadual perlumbaan telah pun diubah kepada 5 petang daripada waktu asal dalam sepuluh edisi lalu iaitu 3 petang."Bagi perlumbaan musim 2010 ini, kami telah mendapat persetujuan daripada Persekutuan Aotomobil Antarabangsa (FIA) untuk mengubah masa perlumbaan dari jam 5 petang tahun lepas kepada jam 4 petang."Perubahan ini dilakukan bagi menarik lebih ramai penonton dari benua Eropah dan benua lain, sekali gus menambah jumlah bilangan peminat F1 yang menyaksikannya di rumah," kata Razlan pada sidang akhbar pelancaran kempen I Love F1 di Suria KLCC semalam.Sementara itu, pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, perubahan masa itu amat sesuai kerana ia memberi peluang kepada peminat F1 seluruh dunia terutamanya di Eropah menyaksikannya secara langsung menerusi televisyen.Namun ketika ditanya sama ada SIC akan menggunakan khidmat bomoh hujan bagi mengelak insiden tahun lepas berulang, Mokhzani menjawab: "Perkara ini susah untuk dijawab. Biarlah yang berkuasa (Tuhan) menentukannya."Mokhzani turut menambah bahawa SIC akan menampilkan kelainan pada perlumbaan GP Malaysia 2010 dengan pelbagai program diatur kepada peminat F1 yang hadir menyaksikannya di Litar Sepang.
"Saya percaya dengan kehadiran semula juara tujuh kali, Michael Schumacher dari persaraan, ia akan menarik lebih ramai peminat F1 tempatan datang menyaksikan kehebatannya."Namun, selain Schumacher, SIC juga menyediakan pelbagai lagi aktiviti menarik bagi peminat yang datang ke SIC menerusi kempen I Love F1 ini."Antaranya ialah empat pas percuma kepada peminat bertuah menyaksikan perlumbaan di petak permulaan, 20 pas masuk melawat dan menyaksikan perlumbaan di pit pasukan terpilih, cabutan bertuah dan pelbagai lagi," tambah Mokhzani.Perlumbaan GP Malaysia musim 2010 akan berlangsung pada 2 hingga 4 April depan.
Wednesday, January 27, 2010
KUALA LUMPUR - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjanji untuk mengekalkan prestasi selepas mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, pada 30 Januari ini.Bakal menjadi suami kepada Athiah Ilyana Abd. Samat, Azizulhasni menegaskan, fokusnya terhadap karier sama sekali tidak akan terjejas, malah dia berharap perkahwinan akan memberikan lagi dorongan tambahan kepada dirinya.''Saya memandang serius dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang, walaupun bakal bergelar suami, lumba basikal masih menjadi keutamaan.''Malah, saya akan lebih bersemangat menjalani latihan di Melbourne kerana bakal isteri akan menemani saya di sana kerana dia sedang melanjutkan pelajaran,'' katanya kepada pemberita di sini, semalam.Azizulhasni turut menambah, dia akan kembali ke Melbourne pada 7 atau 8 Februari ini, selepas urusan perkahwinannya selesai.''Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada 5 Februari ini selepas majlis di Ipoh.
''Selepas itu, baru saya akan menyusul pulang ke Melbourne bersama kembali dengan rakan-rakan yang terlebih dahulu akan pulang pada 31 Januari ini,'' katanya yang masih segar dengan kejayaan pingat emas acara keirin berbasikal Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu.Mendapat jolokon sebagai The Pocketrocketman, Azizulhasni juga berkata, fokusnya kini terarah kepada kejohanan Piala Dunia di Copenhagen dari 24 hingga 28 Mac ini.''Memiliki jersi putih dalam acara keirin memang memberikan satu tekanan, dan saya berkeinginan untuk menang di sana setelah gagal menyerlah di Poland tahun lalu dalam acara berkenaan,'' ujarnya.Skuad lumba basikal trek negara menerima tajaan RM2 juta untuk tempoh tiga tahun daripada Yayasan Sime Darby (YSD), semalam.Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut ditanda tangani bersama oleh Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Lumba Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.Menurut Musa, penajaan itu bertujuan membantu perkembangan skuad lumba basikal negara sepanjang mengikuti latihan dan pertandingan di luar negara, termasuk Sukan Komanwel serta Sukan Asia.''Diharapkan sumbangan ini akan membuatkan mereka lebih fokus dan seterusnya merealisasikan impian untuk meraih pingat emas pertama kepada negara semasa Sukan Olimpik 2012 di London,'' jelasnya.Turut hadir ialah jurulatih skuad lumba basikal trek negara, John Beasley.
Kelantan sekali lagi memberikan keputusan seri kepada peminat-peminat setia mereka.Apa dah jadi kepada pasukan bimbingan Sathia ini?jika mereka hanya mahukan keputusan seri lebih baik bermain dalam liga Dun sahaja.Itu adalah salah satu luahan peminat yang mengeluarkan kenyataan ekoran Kelantan seri 0-0 dengan Perak.Walaupun membariskan barisan pemain yang hampir sama semasa menentang Johor FC tempohari Kelantan gagal menjaringkan gol.Pihak pengurusan KAFA telah melakukan pelbagai usaha bagi mengembalikan kembali prestasi pemain-pemain termasuk mengadakan solat hajat serta 'membuang setan-setan jahat dalam pemain' tapi pemain masih gagal lagi mempamerkan corak permainan.KAFA perlu mengadakan 'post mortem' besar-besaran selepas ini dan mencari punca sebenar pemain-pemain tidak dapat menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan.Mungkinkah ada sikap berpuak-puak diantara pemain seperti yang diwar warkan,perkara ini perlu dipandang serius oleh KAFA.Sesetengah pemain juga mungkin tidak berpuashati dengan 'status' gaji yang diberikan kerana mungkin terdapat jurang gaji yang besar dikalangan pemain-pemain.KAFA juga perlu membuat penilaian tentang ketua jurulatih Kelantan B.Sathianathan yang dicemuh hebat oleh penyokong-penyokong Kelantan kerana gagal memberikan 'ramuan istimewa' untuk Kelantan tahun ini.Jika diukur prestasi pemain-pemain liga super musim lepas lebih baik kerana banyak gol yang terhasil serta kombinasi mantap Indra dan Farhan yang dilihat amat serasi diletakkan bersama cuma barisan pertahanan yang menjadi masalah kepada Kelantan tetapi musim ini perkara sebaliknya yang berlaku....defend kemah...striker hampehh...Penyokong-penyokong Kelantan sekarang ternyata kecewa dengan prestasi semasa pasukan the red warriors ini kerana mereka begitu mengharapkan Kelantan dapat memberikan persembahan terbaik kepada mereka tetapi selepas enam perlawanan nampaknya pemain-pemain masih terkial-kial untuk mencari siapa diri mereka sendiri.
Monday, January 25, 2010
KOTA BHARU - Kapten Pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin memberitahu bahawa moral rakan sepasukannya kembali pulih menjelang pertemuan dengan Perak, malam ini.Indra ketika dihubungi berkata, rakan-rakannya kini bersedia menggempur kubu Perak dan berharap agar pasukannya mampu membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu."Kami akan cuba mengekalkan rentak kemenangan pada pertemuan dengan Johor FC, Selasa lalu sebagai tonik kebangkitan semula."Kemenangan ini sememangnya penting dalam misi kami untuk terus memburu kedudukan terbaik dalam liga," ujarnya.Indra menjelaskan bahawa dia dan rakan sepasukan sudah mula menampakkan keserasian terutama di bahagian serangan yang dilihat agak tumpul sebelum ini."Saya memohon agar penyokong bersabar dan dapat memberikan kami sedikit masa lagi untuk membentuk gandingan mantap," katanya.Dalam pada itu, Indra mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Kelantan yang terus memberikan sokongan kepada pasukan tersebut. "Walaupun Kelantan kalah kepada Kedah pada 19 Januari lalu, penyokong tetap datang memberikan sokongan. Ini jelas membuktikan bahawa pasukan Kelantan tidak berseorangan ketika berjuang," tegasnya.
"INI permainan terbaik yang pernah dipamerkan Terengganu."Demikian pengakuan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti selepas menyaksikan anak-anak buahnya membelasah pendahulu liga, Selangor 4-0 pada aksi Liga Super kelmarin.Sambil menganggap kemenangan itu sebagai kemenangan bermaruah, Irfan tetap melahirkan rasa bangganya dengan semangat juang yang dipamerkan pemain-pemain Terengganu."Saya sungguh bangga melihat kesungguhan pemain sejak dari awal permainan. Mereka tampil dengan semangat tinggi dan inilah yang saya harapkan daripada mereka sejak awal musim."Selain itu, disiplin yang dipamerkan pemain menjadi faktor mengapa kami boleh mencatat kemenangan besar ini," jelas Irfan.Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Terengganu berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Selangor dalam empat perlawanan berturut-turut.Dua jaringan daripada Ashaari Shamsuddin dan masing-masing satu daripada Abd. Manaf Mamat dan Joseph Kalang turut meletakkan Terengganu dalam kedudukan selesa dalam carta liga.Selepas berakhirnya lima perlawanan, Terengganu mengumpul 11 mata untuk berada di tempat kedua, iaitu satu mata di belakang Selangor.
"Apa yang lihat, pemain tidak lagi takut-takut untuk memegang bola dan mereka berani mengatur permainan dengan baik."Rentak permainan begini sudah lama tidak saya saksikan dalam pasukan ini dan hari ini (kelmarin), pemain saya telah membuktikan mereka adalah yang terbaik," tambahnya.Bagaimanapun, Irfan mengakui perjalanan pasukannya masih jauh dan beliau tidak mahu pemainnya terlalu diulit kegembiraan dengan kejayaan menewaskan Selangor kelmarin.Ujarnya, apa yang penting pemain dapat mengekalkan momentum sebegini dan memastikan pasukan tidak keciciran mata dalam mana- mana perlawanan."Memang puas apabila berjaya menewaskan Selangor yang dibarisi ramai pemain bintang tetapi kami juga tidak boleh terlalu berpuas hati kerana saingan liga masih panjang."Saya harap pemain sedar akan kedudukan mereka dan lebih fokus kepada perlawanan selepas ini," jelas Irfan
LONDON - Juara dunia perlumbaan MotoGP, Valentino Rossi sekali lagi menjadi sebutan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).Ia gara-gara kejayaan pemandu berusia 30 tahun dari Itali itu menamatkan sesi ujian jentera Ferrari, F2008 di Litar Catalunya, Barcelona minggu lalu.Kejayaan Rossi mencatat masa terbaik 1 minit 21.900 pada hari kedua sesi ujian itu telah mencetuskan khabar angin bahawa dia mungkin menyertai F1.
Bagaimanapun, Rossi menafikan laporan itu dan berkata, dia akan kekal dalam perlumbaan MotoGP meskipun belum mencuba nasib menjadi pemandu F1."Bermula esok, tugas saya adalah menunggang motosikal," katanya kepada Gazzetta dello Sport."Saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya dalam tempoh beberapa bulan lagi. Saya juga mendapat tawaran daripada Ducati. Ia adalah jelas untuk tempoh beberapa bulan."Di Litar Catalunya baru-baru ini, Rossi menggunakan jentera yang sama digunakan oleh juara dunia 2007, Kimi Raikkonen berjaya mencatat masa terbaik.Catatan masa terbaik yang dilakukan Raikkonen di litar itu pada tahun 2008. adalah 1:21.670, cuma beberapa saat lebih pantas daripada apa yang dilakukan Rossi pada pusingan terakhir itu. - Agensi
"Terbuka Malaysia merupakan antara kejohanan Super Series terawal tahun ini dan kejayaan di sini merupakan suatu permulaan yang baik buat kami," kata Kien Keat."Selepas ini kami akan terus menjalani latihan untuk merampas kembali kejuaraan pada Seluruh England akan datang."Acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pula menjadi milik China. Wang Xin muncul juara perseorangan wanita apabila lawannya, Bae Youn Joo dari Korea Selatan menarik diri selepas ketinggalan 21-19, 17-21, 6-14 akibat kecederaan pergelangan kaki.Du Jing-Yu Yang pula menundukkan beregu senegara, Ma Jin-Wang Xiaoli 21-16, 21-12 pada perlawanan akhir beregu wanita, sementara Tao Jiaming-Zhang terpaksa bekerja keras untuk menundukkan beregu Denmark, Thomas Laybourne- Kamilla Rytter Juhl 19-21, 21-18, 21-15 dalam acara beregu campuran.