Monday, March 22, 2010

PDRM juara Piala Emas Khir Johari

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Ke-47 semalam.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium II, Majlis Sukan Negara (MSN), di Bukit Jalil itu, PDRM yang membariskan pemain berpengalaman mencatat kemenangan 2-1 ke atas Selangor.
Percaturan PDRM yang menurun pemain-pemain kebangsaan iaitu Mohd Normanizam Ahmad, Mohd. Futra Abd Ghani dan Mohd. Hafizie Manap selaku regu pertama berjaya menghasilkan mata pertama.

Regu utama ini menang mudah 21-14, 21-11 ke atas lawan mereka, Mohd.Zamzee Mohd. Zainuddin, Mohd. Ariff Busu dan Afandi Abd. Rahman.Bagaimanapun, Selangor mengikat kedudukan 1-1 apabila regu Ahmad Sufi Hashim, Shahrudin Md. Ghani dan Farhan Adam menewaskan regu PDRM, Mohd. Hairul Kaz Oto, Mohd. Hasbah Abd. Rahman dan NoK Akmal Firdaus Ahmad 21-11, 21-17.Pada aksi regu ketiga, PD- RM jelas lebih bersedia apabila berjaya mengekang asakan regu ketiga Selangor.Kekentalan Hasrul Anuar Suboh, Mohd. Shaifullah Mohd. Nor dan Badrul Azli Mohd. Ghazali untuk menundukkan gandingan Mohd. Zhafran Zharif, Khairul Annuar Ibrahim dan Ariff Ramli 21-16, 21-19 bagi membolehkan PD- RM memenangi piala berprestij sepak takraw itu dan wang tunai RM5,000.Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail jelas gembira dengan persembahan dan mutu permainan yang ditunjukkan oleh para pemain."Pemain-pemain kebangsaan yang turun beraksi pada tahun ini turut bermain dengan baik dan mempamerkan peningkatan walaupun baru sahaja menjalani latihan pusat kira-kira sebulan yang lalu."Malah sasaran untuk meraih pingat emas di Sukan Asia di China penghujung tahun ini adalah tidak mustahil jika bakat-bakat yang ada pada mereka terus diasah," katanya ketika ditemui pemberita selepas kejohanan itu.Ahmad berkata, keyakinan itu turut disuarakan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang sempat meluangkan masa untuk menyaksikan kejohanan itu."PSM juga gembira pada tahun ini yang merupakan ulang tahun ke-50 tahun penubuhan persatuan ini, tiga lagi kategori (wanita, veteran dan belia) yang dipertandingkan turut mendapat sambutan," katanya.Sementara itu, gelaran juara bagi kategori veteran menjadi milik MBPJ 'A' yang menang 2-1 ke atas regu Kame Caterer pada perlawanan akhir kejohanan itu.Regu Selangor 'A' pula mengungguli kategori belia apabila menewaskan ATM 'B' 2-0 manakala gelaran bagi kategori wanita menjadi milik ATM 'A'.

Sunday, March 14, 2010

Chong Wei pahat 100 tahun All England


LEE Chong Wei meraikan kejayaan merangkul kejuaraan All England pada ulang tahun ke-100 kejohanan, malam tadi. - AP


BIRMINGHAM, England - Datuk Lee Chong Wei muncul perseorangan kedua Malaysia dalam tempoh 44 tahun berjaya merangkul kejuaraan badminton berprestij, All England di Birmingham semalam.

Jika pada 2003, Muhammad Hafiz Hashim menamatkan penantian 37 tahun Malaysia, kemenangan Chong Wei kali ini pula istimewa kerana ia diraih ketika kejohanan badminton tertua di dunia itu menyambut ulang tahun ke-100.

Kepuasan terpancar di wajah Chong Wei sejurus disahkan selaku juara buat kali pertama, apabila dia mencium gelanggang sebaik tamat perlawanan sebelum mendakap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Bagi Misbun pula, ini adalah kejayaan peribadi keduanya membawa pulang kejuaraan All England selaku jurulatih selepas turut bertanggungjawab membimbing Hafiz pada 2003.

"Kemenangan ini belum melengkapkan karier Chong Wei tetapi ia meningkatkan moralnya kerana sebagai pemain No. 1 dunia akhirnya Chong Wei memiliki satu kejuaraan besar.

"Bagaimanapun pada saya Chong Wei seorang pemain yang amat luar biasa, tidak ramai yang boleh memenangi tiga kejuaraan berturut-turut. Dia muncul juara di Terbuka Korea, kemudian Malaysia dan kini All England,'' kata Misbun ketika dihubungi di Birmingham.

Walaupun impian untuk menentang musuh ketat, Lin Dan di final tidak kesampaian, namun Chong Wei tetap tidak diberi laluan mudah oleh Kenichi Tago apabila dipaksa berhempas pulas oleh pemain muda Jepun itu sebelum menang 21-19, 21-19.

Jaguh No. 1 dunia itu menjadi pemain Malaysia kelima berjaya merangkul gelaran perseorangan All England selepas Wong Peng Soon, Datuk Eddy Choong, Tan Aik Huang dan Hafiz.

Koo Kien Keat-Tan Boong Heong merupakan pemain Malaysia terakhir menjuarai gelaran prestij ini dalam saingan beregu lelaki pada 2007.

Dalam perlawanan semalam, Tago mencemaskan Chong Wei apabila mendahului saingan sejak awal sehingga kedudukan 11-15, sebelum dikejar Chong Wei 15-15.

Walaupun kurang pengalaman dan skil, namun Tago, 20, terlalu liat untuk ditewaskan Chong Wei apabila memaksa pemain negara itu memegang empat mata set pada kedudukan 20-16, 20-17, 20-18 dan 20-19, sebelum akhirnya menang 21-19.

Aksi Chong Wei pada awal set kedua lebih meyakinkan apabila dia mendahului dari awal saingan, namun kesilapan yang kerap dilakukan, termasuk sering terikut-ikut permainan rali lawan menyebabkan saingan terikat 11-11, 14-14 dan 15-15.

Seperti set pertama, Tago liat untuk dijinakkan apabila memaksa Chong Wei memegang tiga mata kemenangan sebelum tunduk 19-21 selepas membiarkan saja pukulan Chong Wei yang disangka terkeluar.

Sementara itu, kejohanan All England kali ini menyaksikan banyak kejutan, bermula dengan kejayaan pemain Denmark dan juara 2008, Tine Rasmussen merampas kejuaraan perseorangan wanita dengan menumbangkan pemain No. 1 dunia dan penyandang juara, Wang Yihan 21-14, 18-21, 21-19.

Terdahulu pasangan bukan pilihan dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei mengejutkan pasangan No. 1 dunia, Nova Widianto-Liliyana Natsir 21-18, 23-25, 21-18 untuk muncul juara beregu campuran.

Tuesday, February 9, 2010

Bapa mentor saya - Rosman


BEKAS pelumba basikal trek negara, Rosman Alwi dan anaknya, Nurin Nabila menyiram air mawar di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur semalam.




KUALA LUMPUR - "Ayah adalah mentor saya, sudah tentu kehilangannya amat dirasai'. Itu kata bekas jaguh basikal trek negara, Rosman Alwi mengenai bapanya, Alwi Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir, malam kelmarin.Menurut Rosman, bapanya merupakan seorang jurulatih yang sanggup berkhidmat secara sukarela, demi melahirkan jaguh basikal negara.Katanya, usaha gigih ayahnya terbukti berhasil, apabila beliau berjaya di peringkat antarabangsa.''Ayah seorang jurulatih yang sangat komited dalam sukan yang dicintainya.''Dia sanggup mengorban wang ringgit demi melihat anak didiknya berjaya."Ayah seorang yang tidak banyak bercakap mengenai kejayaannya. Baginya, hasil daripada usaha gigih yang telah dicurahkannya sahaja akan memberitahu semua orang mengenai apa yang telah dilakukannya," kata Rosman.

Beliau ditemui di di Kampung Datuk Keramat, di sini, semalam.Allahyarham Alwi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, dekat sini sebelum solat Zohor.Hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, bekas Pesuruhjaya Sukan, Tan Sri Elyas Omar dan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad.Rosman turut berkongsi saat pahit manis ketika berlatih bersama ayahnya sehingga dia dan ayahnya dilabelkan sebagai 'anak beranak gila', lantaran terlalu banyak menghabiskan masa dengan basikal.Katanya, rumah arwah ayahnya di Kampung Datuk Keramat itu dijadikan 'kem' membentuk beberapa pelumba, termasuk dirinya sendiri."Adik saya, Ishak dan beberapa pelumba lain seperti Jaminuddin Ismail, menjadikan rumah kami sebagai kem latihan."Di sinilah kami makan, tidur, membuat persiapan basikal dan segala-galanya di sini. Ia begitu nostalgia buat kami," kata Rosman.Dalam pada itu, Mazlan yang merupakan salah seorang daripada lima orang kuat yang menubuhkan Persatuan Lumba Basikal Kuala Lumpur bersama Allahyarham, turut mengakui bahawa bukan mudah mencari pengganti seperti Alwi.

Mazlan, yang juga sahabat rapat arwah Alwi sejak zaman bujang, menyatakan usaha bekas jurulatih basikal negara itu harus menjadi teladan buat semua.Katanya, Allahyarham sanggup menghabiskan masa secara sukarela demi mendidik anak bangsa yang mahu menceburi sukan berbasikal."Pada saya, susah untuk mendapat seorang jurulatih yang sangat dedikasi dalam tugasnya seperti Alwi, yang menurunkan semua ilmu yang dimilikinya."Arwah menjadikan rumahnya seperti pusat latihan dan tempat berkumpul pelumba. Mereka melakukan segalanya di sini."Bagi saya, tidak ada ganjaran sesuai untuk menghargai jasa beliau. Semoga Tuhan sahaja yang membalas jasa baiknya itu," kata Mazlan.

PSM ‘rujuk semula’ muka lama


REGU emas Sukan SEA 2005, (dari kiri) Zulkarnain Arif, Normanizam Ahmad dan Futra Ghani tersenarai dalam skuad elit sepak takraw kebangsaan yang diumumkan oleh PSM, semalam.




KUALA LUMPUR – Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) membuat kejutan apabila turut menyenaraikan muka lama dalam membentuk skuad elit yang diletakkan sandaran pingat emas pada Sukan Asia XVI Guangzhou, November ini.Malah seperti menyahut seruan 1Malaysia, PSM turut menamakan seorang tekong bukan Melayu, yang kali terakhir mewakili negara dalam program Gemilang 2001, K. Saravanan ke skuad 24 pemain berkenaan, semalam.Selain kembalinya Normanizam Ahmad, Futra Ghani dan Zulkarnain Arif, yang menepati ramalan awal, turut tersenarai semula ialah regu emas Sukan SEA 2005, iaitu pelibas berpengalaman dua Sukan Asia Busan 2002 dan Doha 2006, Azman Nasruddin.

Hanya lapan pemain skuad yang memenangi pingat perak pada Sukan SEA Laos XXV disenaraikan semula, termasuk regu UPM ‘A’ yang menjuarai Kejohanan Piala Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail kelmarin, Ahmad Sufi Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam. Lain-lain pemain termasuk Syazwan Husin, Noor Azman Abdul Hamid, Mohd. Fazil Asri, Syafiq Ab. Rahman dan Hafizie Manap, manakala pelibas pemenang gangsa antara regu di Laos, Hamikhairi Roslan tidak tersenarai sedangkan tuah menyebelahi adiknya, Fazli Roslan. Mereka yang lain termasuk Nasiruddin Manjur Ahmad, Mazli Mohd. Soh, Khairul Anuar Ibrahim, Hafiz Rahman, Helmi Ismail, Shamsul Asraf Roslan, Dzan Hider Amin, Arif Ramli, Muqlis Borhan dan Faizul Hairi Osman.Senarai lapan tekong, sembilan pelibas dan tujuh pengumpan skuad elit ini diumumkan oleh Ahmad, selepas mesyuarat Jawatankuasa Program yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Elit Majlis Sukan Negara, Arrifin Ghani di Bukit Jalil.“Ia bagaimanapun bukan bererti pintu untuk pemain lain ke skuad negara sudah tertutup, kerana masih ada dua tiga tempat untuk mereka, sekiranya masih bagus terutama apabila berlangsungnya Kejohanan Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-47 bulan depan.

“Mana-mana pemain skuad elit sebelum ini yang masih tercedera, biarlah mereka menjalani pemulihan dan rawatan dahulu. Namun, senarai pemain kali ini sememangnya bagi persediaan jangka pendek dalam membawa pulang sebutir emas Sukan Asia.“Mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan dengan Institut Sukan Negara (ISN) pada 17 hingga 19 Februari, dan melapor diri kepada ketua jurulatih, Iskandar Arshad (22 Februari), sebelum diletakkan di bawah agensi itu selama lima minggu bagi sesi pelaziman,” kata Ahmad.Malaysia memenangi emas terakhir Sukan Asia di Hiroshima pada 1994 menerusi Iskandar selaku pemain di samping Ahmad Jais Baharom, Malek Shamsudin dan Zabidi Shariff dengan jurulatihnya, Haris Abdul Rahman yang khidmatnya tidak disambung mulai bulan lalu.Hanya lima pemain yang berpengalaman dalam Sukan Asia Doha 2006 dengan merangkul dua perak berpasukan dan antara regu serta sebutir gangsa beregu iaitu Normanizam, Futra, Zulkarnain, Azman dan Ahmad Sufi.

Tuesday, February 2, 2010





Saya tak layan’

“SAYA tidak layan ‘serangan’ pihak tertentu yang mahu menggulingkan saya.”
Itulah pendirian jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengenai asakan pihak tertentu yang didakwa cuba menyingkirkannya.Menurutnya, apa yang penting baginya ialah terus mendapat kepercayaan daripada anak buahnya dan pihak pengurusan bagi memastikan pasukan Kelantan terus meraih kejayaan dalam Liga Super musim ini.Musim lalu, Sathianathan berjaya membawa perubahan kepada skuad Kelantan dengan membawa mereka mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.“Saya akan membuktikan keupayaan dan tidak akan layan segala kerenah yang boleh menjejaskan prestasi saya sebagai jurulatih kerana azam saya ke sini ialah untuk membimbing pasukan The Red Warriors hingga ke mercu kejayaan,” katanya semalam.

Kelmarin, Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas mengenai desas-desus wujud komplot untuk menggulingkan Sathianathan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain The Red Warriors yang berjaya menduduki tempat keempat dalam saingan Liga Super setakat ini.Beliau menolak dakwaan bahawa mutu permainan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini merosot sejak dikendalikan oleh Sathianathan.Sathianathan, yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, kemampuan dan kelemahan jurulatih dan pemain, bukan boleh diukur pada satu atau dua perlawanan sahaja tetapi prestasi mereka secara keseluruhan.

Saturday, January 30, 2010

Cadangan had umur perlu babitkan Sukan Asia

GILA memang gila tetapi cadangan yang sedang diteliti Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) itu sedikit sebanyak bakal memberikan peluang yang lebih baik buat skuad sepak takraw Malaysia selepas ini. Begitupun, badan induk di peringkat Asia itu perlu memastikan cadangan untuk mengehadkan penyertaan kepada pemain di bawah usia 23 tahun itu bukan sekadar terhad kepada Sukan Sea saja tetapi ia perlu juga diperkenalkan di temasya Sukan Asia. “Saya menyambut baik cadangan untuk mengehadkan penyertaan kepada pemain di bawah usia 23 tahun kerana sepanjang pengetahuan saya, sebahagian besar pemain yang kita ada sekarang adalah di dalam lingkungan usia sebegitu. “Kita mempunyai skuad pelapis yang rata-rata berusia belasan tahun dan saya melihat ramai pemain pelapis kita yang berbakat besar serta boleh diketengahkan. “Secara tidak langsung, ia akan membuka ruang yang lebih baik kepada Malaysia untuk meraih pingat pada setiap kali temasya Sukan Sea. Bagaimanapun, Astaf perlu memastikan ia tidak terhad kepada Sukan Sea saja tetapi peraturan mengenai usia itu perlu diperkenalkan di peringkat Sukan Asia juga,” kata bekas pemain kebangsaan, Rosli Abdul Rahman.
Kelmarin, Presiden Astaf, Abdul Halim Kader mendedahkan ada pemimpin sepak takraw di sebuah negara mencadangkan supaya acara sepak takraw di peringkat Sukan Sea dihadkan kepada pemain di bawah usia 23 tahun. Cadangan itu diutarakan selepas melihat sukan itu kini dikuasai sepenuhnya oleh gergasi takraw dunia, Thailand dan negara lain seolah-olah langsung tidak mempunyai peluang untuk merampas gelaran pada setiap kali temasya Sukan Sea berlangsung. “Mungkin jika Astaf memperkenalkan peraturan baru itu, ada segelintir pemain yang berusia lebih 23 tahun akan mengeluh tetapi saya yakin kelompok itu tidak ramai kerana pada usia yang lebih daripada 23 tahun, mereka masing-masing mempunyai komitmen sendiri yang perlukan perhatian. “Jika melihat kepada senario yang berlaku di Malaysia, saya jangka tidak ramai pemain di atas 23 tahun yang akan mahu membabitkan diri secara langsung dengan sepak takraw kerana mereka perlu menumpukan lebih perhatian kepada karier serta kerjaya masing-masing. “Untuk pemain yang berusia di atas 23 tahun, mungkin PSM boleh mewujudkan satu pertandingan terbuka bagi memberi peluang kepada pemain-pemain senior ini,” katanya.
Kelantan mahu bangkit

KOTA BHARU – Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengharapkan pasukannya mampu mencatat kemenangan ke atas Pulau Pinang, hari ini selepas seri dengan pasukan ketiga tercorot, Perak pada perlawanan Liga Super, di Ipoh Selasa lalu.Perlawanan menentang Pulau Pinang, Red Warriors perlu menumpul mata penuh bagi memastikan pendakian memburu kejuaraan tidak terbantut. Pertemuan hari ini juga, bakal dijadikan titik tolak kebangkitan semula pasukan itu, selepas hanya mengumpulkan sembilan mata daripada lima perlawanan.Hanya kemenangan dapat membuktikan skuad tersebut telah bebas daripada masalah dalaman seperti yang dilaporkan bahawa wujud komplot untuk menjatuhkan beliau.Pertembungan antara skuad Kijang dengan ‘Harimau Kumbang’ di laman sendiri pasti dinanti dengan penuh minat oleh penyokong setia. Menang dengan jaringan yang cukup besar di laman sendiri, pasti ditagih oleh peminat setia selepas dihampakan oleh aksi kurang menyakinkan di Perak, tempoh hari.

Tugas berat dipikul oleh semua para pemain, apabila menyedari bahawa penyokong setia Merah Putih hanya mengharapkan kemenangan pada pertemuan hari ini.Berdasarkan rekod pertemuan Liga Super yang lepas, juga perlawanan Piala Malaysia, menentang Pulau Pinang, semuanya memihak kepada Kelantan.Tampil dengan barisan bintang, percaturan di atas kertas juga dilihat lebih memihak kepada kelantan. Namun, harus diingat memandang rendah kemampuan lawan pasti mengundang padah. Kelantan pastinya akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk merobek gawang pasukan lawan. Gandingan Hairuddin Omar dan Nor Shahrul Idlan Talhah, pasti sekali lagi menjadi pertaruhan Sathianathan.Selepas dikritik hebat oleh peminat, gandingan Hairuddin-Nor Shahrul perlu membuktikan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik. Andainya gandingan ini masih lagi gagal membuktikan sentuhan penyudah yang ampuh, tidak salah rasanya mencuba gandingan Nor Farhan dan Nor Shahrul. Di posisi tengah, Kelantan dilihat tidak mempunyai sebarang masalah. Gandingan Indra Putra Mahayuddin, Shakir Shaari dan Badri Radzi sudah pun menampakkan keserasian.

Kombinasi ini dilihat mampu menggerakan posisi tengah Kelantan yang dikatakan tenggelam ketika bertemu Perak, terutama di separuh masa pertama.Di posisi yang tidak perlu dipertikaikan ialah pertahanan, Azizi Mat Rose berjaya membentuk gandingan yang mantap bersama S.Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin dan zairul Feetri Ishak.Ini bermakna, Sathianathan tiada alasan untuk mencatat satu lagi keputusan seri, apatah di depan peminat sendiri hari ini.

Thursday, January 28, 2010

F1: GP Malaysia awal satu jam

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek (kanan) dan
penasihat Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad melihat jentera Mercedes GP Petronas di Suria KLCC, Kuala Lumpur semalam.

MUNGKIN kerana tidak mahu insiden sama berulang lagi, perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia edisi ke-12 tahun ini akan bermula pada jam 4 petang berbanding 5 petang seperti musim lepas.Perlumbaan GP Malaysia musim 2009 menyaksikan satu sejarah tercipta apabila perlumbaan di Litar Sepang itu terpaksa ditamatkan lebih awal selepas tertangguh lebih dua jam berikutan hujan lebat.Begitupun, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antrabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali memberitahu, perubahan masa itu tiada kaitan dengan insiden tersebut.Untuk rekod, ini adalah kali kedua SIC mengubah waktu perlumbaan di mana sebelum musim 2009, jadual perlumbaan telah pun diubah kepada 5 petang daripada waktu asal dalam sepuluh edisi lalu iaitu 3 petang."Bagi perlumbaan musim 2010 ini, kami telah mendapat persetujuan daripada Persekutuan Aotomobil Antarabangsa (FIA) untuk mengubah masa perlumbaan dari jam 5 petang tahun lepas kepada jam 4 petang."Perubahan ini dilakukan bagi menarik lebih ramai penonton dari benua Eropah dan benua lain, sekali gus menambah jumlah bilangan peminat F1 yang menyaksikannya di rumah," kata Razlan pada sidang akhbar pelancaran kempen I Love F1 di Suria KLCC semalam.Sementara itu, pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata, perubahan masa itu amat sesuai kerana ia memberi peluang kepada peminat F1 seluruh dunia terutamanya di Eropah menyaksikannya secara langsung menerusi televisyen.Namun ketika ditanya sama ada SIC akan menggunakan khidmat bomoh hujan bagi mengelak insiden tahun lepas berulang, Mokhzani menjawab: "Perkara ini susah untuk dijawab. Biarlah yang berkuasa (Tuhan) menentukannya."Mokhzani turut menambah bahawa SIC akan menampilkan kelainan pada perlumbaan GP Malaysia 2010 dengan pelbagai program diatur kepada peminat F1 yang hadir menyaksikannya di Litar Sepang.

"Saya percaya dengan kehadiran semula juara tujuh kali, Michael Schumacher dari persaraan, ia akan menarik lebih ramai peminat F1 tempatan datang menyaksikan kehebatannya."Namun, selain Schumacher, SIC juga menyediakan pelbagai lagi aktiviti menarik bagi peminat yang datang ke SIC menerusi kempen I Love F1 ini."Antaranya ialah empat pas percuma kepada peminat bertuah menyaksikan perlumbaan di petak permulaan, 20 pas masuk melawat dan menyaksikan perlumbaan di pit pasukan terpilih, cabutan bertuah dan pelbagai lagi," tambah Mokhzani.Perlumbaan GP Malaysia musim 2010 akan berlangsung pada 2 hingga 4 April depan.

Wednesday, January 27, 2010

Azizul janji kekalkan prestasi selepas mendirikan rumah tangga

KUALA LUMPUR - Jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjanji untuk mengekalkan prestasi selepas mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya, pada 30 Januari ini.Bakal menjadi suami kepada Athiah Ilyana Abd. Samat, Azizulhasni menegaskan, fokusnya terhadap karier sama sekali tidak akan terjejas, malah dia berharap perkahwinan akan memberikan lagi dorongan tambahan kepada dirinya.''Saya memandang serius dengan apa yang sedang saya lakukan sekarang, walaupun bakal bergelar suami, lumba basikal masih menjadi keutamaan.''Malah, saya akan lebih bersemangat menjalani latihan di Melbourne kerana bakal isteri akan menemani saya di sana kerana dia sedang melanjutkan pelajaran,'' katanya kepada pemberita di sini, semalam.Azizulhasni turut menambah, dia akan kembali ke Melbourne pada 7 atau 8 Februari ini, selepas urusan perkahwinannya selesai.''Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada 5 Februari ini selepas majlis di Ipoh.

''Selepas itu, baru saya akan menyusul pulang ke Melbourne bersama kembali dengan rakan-rakan yang terlebih dahulu akan pulang pada 31 Januari ini,'' katanya yang masih segar dengan kejayaan pingat emas acara keirin berbasikal Piala Dunia Klasik UCI di Beijing, Ahad lalu.Mendapat jolokon sebagai The Pocketrocketman, Azizulhasni juga berkata, fokusnya kini terarah kepada kejohanan Piala Dunia di Copenhagen dari 24 hingga 28 Mac ini.''Memiliki jersi putih dalam acara keirin memang memberikan satu tekanan, dan saya berkeinginan untuk menang di sana setelah gagal menyerlah di Poland tahun lalu dalam acara berkenaan,'' ujarnya.Skuad lumba basikal trek negara menerima tajaan RM2 juta untuk tempoh tiga tahun daripada Yayasan Sime Darby (YSD), semalam.Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut ditanda tangani bersama oleh Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Lumba Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad.Menurut Musa, penajaan itu bertujuan membantu perkembangan skuad lumba basikal negara sepanjang mengikuti latihan dan pertandingan di luar negara, termasuk Sukan Komanwel serta Sukan Asia.''Diharapkan sumbangan ini akan membuatkan mereka lebih fokus dan seterusnya merealisasikan impian untuk meraih pingat emas pertama kepada negara semasa Sukan Olimpik 2012 di London,'' jelasnya.Turut hadir ialah jurulatih skuad lumba basikal trek negara, John Beasley.

Seri!Seri!Seri!!!

Kelantan sekali lagi memberikan keputusan seri kepada peminat-peminat setia mereka.Apa dah jadi kepada pasukan bimbingan Sathia ini?jika mereka hanya mahukan keputusan seri lebih baik bermain dalam liga Dun sahaja.Itu adalah salah satu luahan peminat yang mengeluarkan kenyataan ekoran Kelantan seri 0-0 dengan Perak.Walaupun membariskan barisan pemain yang hampir sama semasa menentang Johor FC tempohari Kelantan gagal menjaringkan gol.Pihak pengurusan KAFA telah melakukan pelbagai usaha bagi mengembalikan kembali prestasi pemain-pemain termasuk mengadakan solat hajat serta 'membuang setan-setan jahat dalam pemain' tapi pemain masih gagal lagi mempamerkan corak permainan.KAFA perlu mengadakan 'post mortem' besar-besaran selepas ini dan mencari punca sebenar pemain-pemain tidak dapat menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan.Mungkinkah ada sikap berpuak-puak diantara pemain seperti yang diwar warkan,perkara ini perlu dipandang serius oleh KAFA.Sesetengah pemain juga mungkin tidak berpuashati dengan 'status' gaji yang diberikan kerana mungkin terdapat jurang gaji yang besar dikalangan pemain-pemain.KAFA juga perlu membuat penilaian tentang ketua jurulatih Kelantan B.Sathianathan yang dicemuh hebat oleh penyokong-penyokong Kelantan kerana gagal memberikan 'ramuan istimewa' untuk Kelantan tahun ini.Jika diukur prestasi pemain-pemain liga super musim lepas lebih baik kerana banyak gol yang terhasil serta kombinasi mantap Indra dan Farhan yang dilihat amat serasi diletakkan bersama cuma barisan pertahanan yang menjadi masalah kepada Kelantan tetapi musim ini perkara sebaliknya yang berlaku....defend kemah...striker hampehh...Penyokong-penyokong Kelantan sekarang ternyata kecewa dengan prestasi semasa pasukan the red warriors ini kerana mereka begitu mengharapkan Kelantan dapat memberikan persembahan terbaik kepada mereka tetapi selepas enam perlawanan nampaknya pemain-pemain masih terkial-kial untuk mencari siapa diri mereka sendiri.

Monday, January 25, 2010

Kelantan sedia gegar Perak

KOTA BHARU - Kapten Pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin memberitahu bahawa moral rakan sepasukannya kembali pulih menjelang pertemuan dengan Perak, malam ini.Indra ketika dihubungi berkata, rakan-rakannya kini bersedia menggempur kubu Perak dan berharap agar pasukannya mampu membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu."Kami akan cuba mengekalkan rentak kemenangan pada pertemuan dengan Johor FC, Selasa lalu sebagai tonik kebangkitan semula."Kemenangan ini sememangnya penting dalam misi kami untuk terus memburu kedudukan terbaik dalam liga," ujarnya.Indra menjelaskan bahawa dia dan rakan sepasukan sudah mula menampakkan keserasian terutama di bahagian serangan yang dilihat agak tumpul sebelum ini."Saya memohon agar penyokong bersabar dan dapat memberikan kami sedikit masa lagi untuk membentuk gandingan mantap," katanya.Dalam pada itu, Indra mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Kelantan yang terus memberikan sokongan kepada pasukan tersebut. "Walaupun Kelantan kalah kepada Kedah pada 19 Januari lalu, penyokong tetap datang memberikan sokongan. Ini jelas membuktikan bahawa pasukan Kelantan tidak berseorangan ketika berjuang," tegasnya.

Regu emas kembali bersaing
Rebut tempat dalam skuad takraw ke Sukan Asia Guangzhou

BAHANG panas melihat kekalahan skuad takraw kebangsaan di Sukan Sea 2009 mendorong regu emas negara kembali merebut tempat dalam skuad kebangsaan selepas Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bersedia menerima mereka tanpa syarat.
Itu antara bukti kesediaan PSM berubah untuk mencapai sasaran pingat emas di Sukan Asia, Guangzhou November ini selepas dikecam hebat akibat kegagalan memalukan sewaktu temasya sukan terbesar Asia Tenggara di Vientiane, Laos kurang sebulan lalu.Antara perubahan besar lain ialah pemisahan pengurusan skuad kebangsaan daripada PSM dan pelantikan ketua jurulatih baru serta pembantu yang lebih muda dan bersemangat. "Kita memerlukan jurulatih muda kerana mereka lebih memahami generasi pemain masa kini," kata Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail. Sebelum ini, regu negara yang pernah menjulang emas di Sukan Sea 2005 di Filipina � Mohd Normanizam Ahmad, Mohd Futra Abd Ghani dan Mohd Zulkarnain Arif (gambar) � disisihkan daripada menyertai skuad kebangsaan kerana enggan tunduk dengan kepimpinan PSM.
"Mereka rasa terbakar dengan apa yang sudah berlaku. Tetapi mereka masih perlu menjalani proses pemilihan seperti pemain lain," kata Ahmad pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa kerja antara MSN dan PSM di BukiRt Jalil, semalam. Perubahan dijanjikan PSM turut meredakan kekecewaan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan. "Ini yang saya selalu sebut tentang muhasabah diri. PSM sudah melakukannya dan kini kita harap perubahan ke arah lebih baik akan berlaku," katanya.
Bekas pemain kebangsaan Iskandar Arshad dilantik sebagai ketua jurulatih menggantikan Harris Abdul Rahman dan tiga penolong jurulatih baru turut dilantik � Rosli Abd Rahman, Ku Halim Ku Musa dan Nasir Ismail di samping Amir Abu Bakar yang dikekalkan jawatannya.

Aksi paling dinantikan
GANDINGAN bekas regu emas negara - Mohd Futra Abd Ghani, Mohd Normanizam Ahmad serta Mohd Zulkarnain Arif bakal menjadi tumpuan utama pada Kejohanan Piala Datuk Ahmad Ismail yang dijadualkan berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), 6 dan 7 Februari depan. Bukan dengan hasrat untuk menidakkan keupayaan regu lain termasuk pemain daripada skuad elit kebangsaan ketika ini tetapi penolong pengurus, Idris Abdul Karim yakin karisma yang dimiliki tiga pemain terbabit membuatkan kelibat mereka sentiasa dinantikan. “Kejohanan yang bakal menjadi medan pemilihan pemain negara itu sudah menjadi buah mulut di kalangan peminat sepak takraw di Malaysia. Keinginan ketiga-tiga pemain itu untuk kembali menyarung jersi negara juga menambahkan lagi kemeriahan kejohanan.
“Saya yakin, kejohanan ini akan mendapat sambutan hangat peminat dan pemain kerana saya diberitahu ramai yang menanti peluang sebegini untuk mencuba nasib membawa cabaran negara di kejohanan antarabangsa,” katanya. Mohd Futra, Mohd Normanizam dan Mohd Zulkarnain akan mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mereka kini dilabel sebagai antara regu pilihan untuk muncul juara kejohanan yang julung kali diadakan itu. Kejohanan Piala Datuk Ahmad Ismail diwujudkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebagai pentas untuk memilih pemain berbakat yang bakal mewakili negara terutama pada Sukan Asia di Guangzhou, hujung tahun ini. Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara regu di peringkat Sukan Asia ialah ketika temasya itu dilangsungkan di Hiroshima, Jepun pada 1984 dan selepas aksi tidak memberangsangkan di Sukan Sea Laos, hujung tahun lalu, PSM bertekad menjadikan Sukan Asia sebagai medan kebangkitan. Sukan Asia juga menjadi penanda aras buat pencapaian skuad sepak takraw negara dan Ahmad selaku Presiden PSM, bersedia melepaskan jawatannya sekiranya Malaysia gagal meraih emas di temasya itu nanti.
Selepas gagal di Sukan Sea Laos, Mohd Futra, Mohd Normanizam dan Mohd Zulkarnain berasa terpanggil untuk kembali menyarung jersi negara dan kesempatan itu terbuka luas andai aksi mereka masih mampu membuka mata jurulatih di Piala Datuk Ahmad Ismail nanti. “Bukan setakat trio itu tetapi saya yakin beberapa pemain lain yang berbakat juga akan dapat dilihat pada kejohanan itu. Saya mengalu-alukan kaedah pemilihan pemain menerusi kejohanan seperti ini berbanding corak yang diamalkan PSM sebelum ini,” kata Idris.
Irfan: Inilah kekuatan kami

SENTUHAN Manaf Mamat (kanan) semakin menjadi dan hampir mencatat nama sebagai penjaring dalam setiap perlawanan yang dihadapi Terengganu.

"INI permainan terbaik yang pernah dipamerkan Terengganu."Demikian pengakuan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti selepas menyaksikan anak-anak buahnya membelasah pendahulu liga, Selangor 4-0 pada aksi Liga Super kelmarin.Sambil menganggap kemenangan itu sebagai kemenangan bermaruah, Irfan tetap melahirkan rasa bangganya dengan semangat juang yang dipamerkan pemain-pemain Terengganu."Saya sungguh bangga melihat kesungguhan pemain sejak dari awal permainan. Mereka tampil dengan semangat tinggi dan inilah yang saya harapkan daripada mereka sejak awal musim."Selain itu, disiplin yang dipamerkan pemain menjadi faktor mengapa kami boleh mencatat kemenangan besar ini," jelas Irfan.Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Terengganu berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Selangor dalam empat perlawanan berturut-turut.Dua jaringan daripada Ashaari Shamsuddin dan masing-masing satu daripada Abd. Manaf Mamat dan Joseph Kalang turut meletakkan Terengganu dalam kedudukan selesa dalam carta liga.Selepas berakhirnya lima perlawanan, Terengganu mengumpul 11 mata untuk berada di tempat kedua, iaitu satu mata di belakang Selangor.

"Apa yang lihat, pemain tidak lagi takut-takut untuk memegang bola dan mereka berani mengatur permainan dengan baik."Rentak permainan begini sudah lama tidak saya saksikan dalam pasukan ini dan hari ini (kelmarin), pemain saya telah membuktikan mereka adalah yang terbaik," tambahnya.Bagaimanapun, Irfan mengakui perjalanan pasukannya masih jauh dan beliau tidak mahu pemainnya terlalu diulit kegembiraan dengan kejayaan menewaskan Selangor kelmarin.Ujarnya, apa yang penting pemain dapat mengekalkan momentum sebegini dan memastikan pasukan tidak keciciran mata dalam mana- mana perlawanan."Memang puas apabila berjaya menewaskan Selangor yang dibarisi ramai pemain bintang tetapi kami juga tidak boleh terlalu berpuas hati kerana saingan liga masih panjang."Saya harap pemain sedar akan kedudukan mereka dan lebih fokus kepada perlawanan selepas ini," jelas Irfan

Rossi nafi sertai F1ROSSI (tengah) belum memikirkan untuk beralih angin ke perlumbaan Formula Satu.

LONDON - Juara dunia perlumbaan MotoGP, Valentino Rossi sekali lagi menjadi sebutan dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).Ia gara-gara kejayaan pemandu berusia 30 tahun dari Itali itu menamatkan sesi ujian jentera Ferrari, F2008 di Litar Catalunya, Barcelona minggu lalu.Kejayaan Rossi mencatat masa terbaik 1 minit 21.900 pada hari kedua sesi ujian itu telah mencetuskan khabar angin bahawa dia mungkin menyertai F1.

Bagaimanapun, Rossi menafikan laporan itu dan berkata, dia akan kekal dalam perlumbaan MotoGP meskipun belum mencuba nasib menjadi pemandu F1."Bermula esok, tugas saya adalah menunggang motosikal," katanya kepada Gazzetta dello Sport."Saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya dalam tempoh beberapa bulan lagi. Saya juga mendapat tawaran daripada Ducati. Ia adalah jelas untuk tempoh beberapa bulan."Di Litar Catalunya baru-baru ini, Rossi menggunakan jentera yang sama digunakan oleh juara dunia 2007, Kimi Raikkonen berjaya mencatat masa terbaik.Catatan masa terbaik yang dilakukan Raikkonen di litar itu pada tahun 2008. adalah 1:21.670, cuma beberapa saat lebih pantas daripada apa yang dilakukan Rossi pada pusingan terakhir itu. - Agensi



Chong Wei terus di puncak

DATUK Lee Chong Wei dan beregu sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mempamerkan aksi bertenaga untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam.Selepas menjuarai Terbuka Korea minggu lepas, Chong Wei sekali lagi menepati ramalan apabila mudah menundukkan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-13, 21-7 pada perlawanan akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil.Ini merupakan kejuaraan kedua berturut-turut Chong Wei dan kemenangan keenam pada Terbuka Malaysia selepas muncul juara pada edisi 2004, 2006, 2006 serta 2008 dan 2009.Begitupun rekod kejuaraan terbanyak Terbuka Malaysia masih lagi menjadi milik seorang lagi pemain negara, Wong Peng Soon yang muncul juara sebanyak lapan kali di era 40-an dan 50-an.Menurut Chong Wei, meskipun selepas enam kejayaan, namun dia masih belum puas dan ingin menambah seberapa banyak kejuaraan Terbuka Malaysia sebelum bersara daripada sukan badminton."Sebenarnya, saya tidak sangka berjaya mengekalkan prestasi sehingga hari ini (semalam) terutama selepas berasa letih pada aksi Terbuka Korea minggu lepas," kata Chong Wei."Saya bertambah letih selepas beraksi dalam rubber set pada pusingan kedua dan ketiga di sini."Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk mencatat kejuaraan kedua berturut-turut buat pertama kali dalam karier.
"Saya juga ingin terus menang pada kejohanan ini bukan sahaja untuk mengatasi rekod Peng Soon tetapi ingin mencatat rekod yang lebih cemerlang sebelum bersara."Dalam pada itu, Chong Wei juga berharap dapat meneruskan aksi cemerlang pada Terbuka Switzerland dan Seluruh England pada bulan Mac selain menyasarkan untuk membantu pasukan Malaysia mencatat keputusan terbaik pada Piala Thomas, Mei depan."Bagi tahun 2010 ini, saya harap saya dapat mengekalkan prestasi terbaik pada Seluruh England dan Terbuka Switzerland selain pada Piala Thomas," kata Chong Wei."Saya tahu, disebabkan faktor usia, proses untuk saya kembali pulih daripada keletihan lebih lambat berbanding pada usia yang lebih muda."Disebabkan itu, saya harus lebih selektif dan memilih kejohanan yang akan disertai. Bagaimanapun, saya akan tetap beraksi pada Seluruh England, Terbuka Switzerland dan juga Piala Thomas akan datang."
Sementara itu, beregu sensasi negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong muncul juara selepas menewaskan beregu pilihan keenam, Guo Zhendong-Xu Chen 21-15, 17-21, 21-16 dari China.Kien Keat-Boon Heong mengambil masa kira-kira 55 minit untuk mengulangi kejayaan sama pada tahun 2007.

"Terbuka Malaysia merupakan antara kejohanan Super Series terawal tahun ini dan kejayaan di sini merupakan suatu permulaan yang baik buat kami," kata Kien Keat."Selepas ini kami akan terus menjalani latihan untuk merampas kembali kejuaraan pada Seluruh England akan datang."Acara perseorangan dan beregu wanita serta beregu campuran pula menjadi milik China. Wang Xin muncul juara perseorangan wanita apabila lawannya, Bae Youn Joo dari Korea Selatan menarik diri selepas ketinggalan 21-19, 17-21, 6-14 akibat kecederaan pergelangan kaki.Du Jing-Yu Yang pula menundukkan beregu senegara, Ma Jin-Wang Xiaoli 21-16, 21-12 pada perlawanan akhir beregu wanita, sementara Tao Jiaming-Zhang terpaksa bekerja keras untuk menundukkan beregu Denmark, Thomas Laybourne- Kamilla Rytter Juhl 19-21, 21-18, 21-15 dalam acara beregu campuran.